
PENGENALAN TAHFIZ AZ IMTIAZ FAJAR
TAHFIZ AZ IMTIAZ FAJAR mula beroperasi pada awal tahun 2022, bertempat di kondo rakyat, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Timbulnya idea penubuhan ialah kerana memikirkan keperluan masyarakat sekitar kampung untuk mngimarahkan surau dan ia dapat mngambil istifadah dari pelajar-pelajar tahfiz dari segi akhlak, adab dan pemakaian sunnah nabi.
Pengajian sepenuh masa dengan menghafal Al-Quran dari pagi sampai ke sebelah malam.
Pihak tahfiz mensasarkan untuk pelajar khatam 30 juz al-Quran dalam masa 3 tahun dari awal sampai habis, kemudian ulangan shahadah dari juz 1 sampai juz 30 dalam masa 1 hari(bacaan hafalan peringkat terakhir).
BAGAIMANA SUMBANGAN DIGUNAKAN?
Sumbangan akan digunakan untuk pembangunan tahfiz. Perinciannya adalah seperti berikut
1. Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bilik guru, asrama, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
2. Perabot & Peralatan – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya.
3. Van Pelajar – Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
4. Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
5. Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
BERAPA SUMBANGAN DIPERLUKAN?
Pihak TAHFIZ AZ IMTIAZ FAJAR pada masa ini berada di FASA 1 untuk Pembinaan Bangunan Baharu yang meliputi bilik guru, asrama, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan. InsyaAllah.
Dana yang diperlukan ialah RM500,000.
Di bulan Ramadan yang penuh barakah dan kemuliaan ini, kami memohon jasa baik para budiman untuk membantu kami dalam pembinaan TAHFIZ AZ IMTIAZ FAJAR!
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:
AZ IMTIAZ FAJAR RESOURCES
56 306 4161 858 (MAYBANK)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
Jom, bersama kami membina bangunan baru untuk anak-anak tahfiz kita di Bulan Ramadan ini. Kami dengan rendah hati merayu sumbangan anda yang dermawan!