BANGUNAN DAH BERDIRI MEGAH, TAPI AMANAHNYA BELUM SELESAI.
Setiap hari anak-anak belajar di sini, pahala itu mengalir .
Tapi anda boleh jadi salah seorang yang menutup hutang pembangunan ini, agar sekolah ini berdiri tanpa beban.
Kini Madrasah Darul Falah sudah siap sepenuhnya.
Tapi masih berbaki sedikit hutang pembinaan yang perlu diselesaikan.
Jom bantu kami lunaskan amanah ini agar sekolah ini terus menjadi sumber pahala tanpa henti — untuk anda, untuk kami, dan untuk anak-anak yang belajar di sini.
SEBELUM :
Beginilah keadaan bangunan lama yang digunakan sebelum ini
SELEPAS : Berkat hasil tangan-tangan wakaf. Bangunan siap dibina.
Tapi perjuangan belum sempurna selagi amanah ini belum selesai.
Bangunan baru Madrasah Darul Falah telah siap berdiri dengan izin Allah dan hasil sumbangan ramai insan berhati emas.
Namun masih berbaki sejumlah kos pembinaan yang belum diselesaikan sepenuhnya.
Setiap hari, bangunan ini digunakan oleh anak-anak untuk menghafaz Al-Quran, belajar ilmu agama dan akademik.
Selagi sekolah ini digunakan, setiap huruf Al-Quran yang dibaca di dalamnya — menjadi saksi pahala kepada penyumbangnya.
Jadi, agak-agaknyalah tuan/puan, berapa banyakkah pahala yang anda akan dapat bila berwakaf untuk memberi kemudahan pendidikan buat anak-anak ini?
Selagi mana ilmu yang anak-anak ini dapat selama berada di Darul Falah.
Kemudian diamalkan dalam hidupnya dan seterusnya di gunakan pula untuk dikongsikan dengan orang lain.
Selagi itulah pahala mengalir tanpa henti untuk anda.
Ya tuan/puan. Pahala sedekah jariah (wakaf) ini perkara sunat saja. Tapi pahalanya kekal sampai kiamat, insya'Allah.
Baju yang dipakai akan lusuh buruk. Tak kekal. Apa yang kekal tuan/puan? Sedekah jariah iaitu wakaf kekal dulu, kini dan selama-lamanya.
Sungguh tuan/puan, lihat
wajah anak-anak ini sepertinya wajah anak-anak kita,
yang
polos dan mengharapkan didikan sempurna
dalam menjadi insan berguna kelak.

1. Melunaskan hutang pembinaan
2. Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
3. Peralatan Kemudahn Pelajar – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi dan sebagainya.
4. Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.
Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hi dup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya."
(HR Muslim).
WAKAF SECARA MANUAL DISINI :
MADRASAH DARUL FALAH >>> 563064161841 (MAYBANK)
======

TENTANG MADRASAH DARUL FALAH
Madrasah Darul Falah ialah sebuah sekolah rendah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan memberi pendidikan agama islam yang syumul kepada masyarakat. Madrasah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2016 di atas sebidang tanah yang telah diinfaqkan oleh penderma beserta bangunan yang sedia ada yang diubahsuai menjadi kelas, pejabat dan dewan makan /kantin.
Madrasah Darul Falah diasaskan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Saudara Yusri Yunus. Madrasah ini terletak di Kg. Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.