WAKAF PENDIDIKAN MADRASAH DARUL FALAH

Anak-anak kecil belajar di bangunan kayu yang berusia 60 tahun, sementara menunggu bangunan baru sekolah siap dibina.




Adalah hak anak-anak mendapat pendidikan yang baik dan kemudahan pendidikan yang sempurna.

Namun, tidak bagi anak-anak di Madrasah Darul Falah, Kuala Nerus. 

Madrasah ini terletak di Kg. Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.


Sebagai sebuah sekolah rendah agama rakyat, banyak kekurangan dan cabaran yang dihadapi dalam melahirkan generasi anak-anak harapan yang seimbang akademik dan ilmu al-Quran.


Daripada sebuah tanah  dengan bangunan lama  yang diwakafkan. Madrasah Darul Falah telah mendidik ramai anak-anak muslim sejak 6 tahun yang lalu.






6 tahun ditambah lagi tahun yang akan datang dengan ramai lagi anak-anak kita yang akan mendapat ilmu dan manfaat daripada didikan di Darul Falah ini.


Jadi, agak-agaknyalah tuan/puan, berapa banyakkah pahala yang anda akan dapat bila berwakaf untuk memberi kemudahan pendidikan yang lebih baik buat anak-anak ini?


Selagi mana ilmu yang anak-anak ini dapat selama berada di Darul Falah.


Kemudian diamalkan dalam hidupnya dan seterusnya di gunakan pula untuk dikongsikan dengan orang lain.

Selagi itulah pahala mengalir tanpa henti untuk anda.



Ya tuan/puan. Pahala sedekah jariah (wakaf) ini perkara sunat saja. Tapi pahalanya kekal sampai kiamat, insya'Allah.


Baju yang dipakai akan lusuh buruk. Tak kekal. Apa yang kekal tuan/puan? Sedekah jariah iaitu wakaf kekal dulu, kini dan selama-lamanya. 


Sungguh tuan/puan, lihat wajah anak-anak ini sepertinya wajah  anak-anak kita, yang polos dan mengharapkan didikan sempurna dalam menjadi insan berguna kelak.





Bahkan, tuan/puan tak perlu risau kerana madrasah ini adalah sekolah rendah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. 



Malahan wakaf pendidikan yang anda berikan akan digunakan untuk :

1. Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

2. Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.

3. Peralatan Kemudahn Pelajar – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi dan sebagainya.

4. Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.

5. Van Pelajar – Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.



Andalah harapan anak-anak generasi pelapis agama ini, untuk terus mendapat pendidikan sempurna .

Antara mereka yang menyumbang kepada Madrasah Darul Falah.


Lihatlah dibawah, wakaf anda telah menjadi binaan batu-bata yang akan menjadi saksi amal sedekah anda di akhirat kelak.

Fasa 1 sedang di lakukan bagi menyiapkan bangunan sekolah 3 tingkat terlebih dahulu.






Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

 

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .

 

Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." 

(HR Muslim).


WAKAF SECARA MANUAL DISINI :



MADRASAH DARUL FALAH >>> 563064161841 (MAYBANK)


Maklumat Tambahan:  


1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.


2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi penyelaras +60129640864 (Ustaz Mohd Faizan)

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej A- 6 Lot Wakaf ( Keluarga) >> RM1080
Pakej B- 2 Lot Wakaf Khas ( Mak dan Ayah)>> RM250
Pakej C- 2 Lot Wakaf (Suami dan Isteri ) >> RM250
Pakej D- 1 Lot Wakaf (Individu) >> RM120
Pakej E- Sumbangan Wakaf seikhlas hati >> RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN