Infaq Melunaskan Hutang Pembangunan Madrasah Darul Falah

BANGUNAN SUDAH BERDIRI.

TETAPI PERJALANANNYA BELUM SELESAI.


Bangunan baharu Madrasah Darul Falah telah siap dibina dengan izin Allah dan hasil sumbangan ramai insan yang prihatin.


Namun begitu, masih terdapat baki kos pembinaan yang perlu diselesaikan.


Kontraktor telah berbaik hati dengan mendahulukan sebahagian kos pembinaan bagi membantu madrasah menyiapkan bangunan ini.


Kini, kami ingin mengajak masyarakat bersama-sama membantu melunaskan amanah yang masih berbaki.


Kini Madrasah Darul Falah sudah siap sepenuhnya.

Tapi masih berbaki sedikit hutang pembinaan yang perlu diselesaikan.

Jom bantu kami lunaskan amanah ini agar sekolah ini terus menjadi sumber pahala tanpa henti — untuk anda, untuk kami, dan untuk anak-anak yang belajar di sini.

“Bukan sekadar membantu membayar sebuah bangunan.
Kita sedang membantu memastikan sebuah tempat ilmu terus hidup.”

SEBELUM :

Beginilah keadaan bangunan lama yang digunakan sebelum ini





DARI SEBUAH BANGUNAN LAMA...

KEPADA TEMPAT ILMU YANG LEBIH SELESA.

Tapi perjuangan belum sempurna selagi amanah ini belum selesai.




Setiap hari, pintu madrasah ini dibuka.

Anak-anak datang membawa buku dan harapan.

Mereka belajar membaca Al-Quran.

Menghafaz ayat-ayat Allah.

Mempelajari ilmu agama dan akademik.

Mereka mungkin masih kecil hari ini.


Tetapi insya-Allah, ilmu yang mereka terima akan menjadi bekalan untuk kehidupan mereka pada masa akan datang.




Hari ini mereka adalah pelajar.

Esok mungkin mereka menjadi guru, imam, pendakwah, pemimpin dan insan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

MUNGKIN SUMBANGAN KITA KECIL.

TETAPI KESANNYA BOLEH MENJADI BESAR.


RM10 mungkin kelihatan kecil.

RM50 mungkin terasa biasa.

RM100 mungkin tidak mengubah hidup kita.

Tetapi apabila sumbangan kecil dikumpulkan oleh ramai insan, ia mampu membantu menyelesaikan sebuah amanah yang besar.


Dan apabila tempat yang kita bantu itu digunakan untuk menuntut ilmu...

Apabila seorang anak membaca Al-Quran...

Apabila seorang guru mengajar...

Apabila ilmu yang dipelajari diamalkan...

Kita berharap Allah menjadikan kebaikan itu sebagai saham akhirat buat para penyumbang.



Ya tuan/puan. Pahala sedekah jariah (wakaf) ini perkara sunat saja. Tapi pahalanya kekal sampai kiamat, insya'Allah.


Baju yang dipakai akan lusuh buruk. Tak kekal. Apa yang kekal tuan/puan? Sedekah jariah iaitu wakaf kekal dulu, kini dan selama-lamanya. 


Sungguh tuan/puan, lihat  wajah anak-anak ini sepertinya wajah  anak-anak kita,  yang  polos dan mengharapkan didikan sempurna  dalam menjadi insan berguna kelak.





Malah Madrasah ini adalah sekolah rendah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. 



Selain pembangunan, wakaf pembinaan dan pendidikan yang anda berikan akan digunakan untuk :


1. Melunaskan hutang pembinaan 

2. Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.

3. Peralatan Kemudahan Pelajar – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi dan sebagainya.

4. Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.


Andalah harapan anak-anak generasi pelapis agama ini, untuk terus mendapat pendidikan sempurna .

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila. 

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .  

Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya.

Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti Sabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam : "Apabila manusia itu meninggal dunia

maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." 

(HR Muslim).

Antara mereka yang menyumbang kepada Madrasah Darul Falah.



WAKAF SECARA MANUAL DISINI :

MADRASAH DARUL FALAH >>> 
563064161841  (MAYBANK)

======



TENTANG MADRASAH DARUL  FALAH

Madrasah Darul Falah ialah sebuah sekolah rendah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan memberi pendidikan agama islam yang syumul kepada masyarakat. Madrasah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2016 di atas sebidang tanah yang telah diinfaqkan oleh penderma beserta bangunan yang sedia ada yang diubahsuai menjadi kelas, pejabat dan dewan makan atau kantin.

Madrasah Darul Falah diasaskan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Saudara Yusri Yunus. Madrasah ini terletak di Kg. Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.




Maklumat Tambahan:  


1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.


2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pegawai dana  :  +6011 3599 1356 (Ustaz Helmi Najmi)

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej Titanium - RM1000
Pakej Berlian - RM500
Pakej Delima - RM250
Pakej Intan - RM50
Pakej Seikhlas Hati - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN